Saturday, 6 August 2011

.assalamualaikum.

PERPISAHAN

Ianya sakit.Bukan mudah untuk menghadapi perasaan itu.Malah, merasainya dari hati yang terdalam akan membunuh kita dengan sendirinya.Aku antara manusia yang melalui perpisahan.Aku faham. 

Lately, people surrounding me split with somebody that she/he loved. Aku sendiri dapat melihat mereka bergaduh, menangis, menyendiri dalam menghadapi situasi perpisahan. Ianya rumit. Bukan senang menangani emosi, lebih-lebih lagi berkaitan dengan hati dan perasaan.* sakit kau faham tak.

Aku bukan type yang gagah perkasa dalam menghadapi dugaan tuhan ni. Jujur aku katakan. Sebab itu, aku sebolehnya menjaga hubungan agar perpisahan itu jauh dari aku. Tapi apakan daya, kita manusia. Sikapnya berbeza-beza. Lain orang lain cara.

Aku juga pernah ditinggalkan dahulu. Perpisahan turut menjengah aku. Sakit sangat! Tuhan sahaja yang tahu. Macam-macam aku fikir. Salah aku ke? Kenapa semua ni jadi? Dia ada orang lain? Aku tak cukup cantik? Dia terlalu hebat? Kita tak sama taraf?- Dan akhir sekali aku fikir, mungkin ini peluang kita perbaiki diri. Mungkin jodoh kita bukan hari ini. Aku redha.

Perpisahan kadang-kala mendatangkan satu semangat dalam diri kita. Kita tak boleh terlalu negatif. Cara paling effective adalah berfikir secara rasional. Bertindak mengikut akal dan bukan membabi buta tanpa arah tujuan. Muhasabah diri selalu. Fikir yang tanpa 'dia' kita masih bernafas. Bukan tanpa 'dia' kita mati pun.

Tak payah nak menangis 3hari 2 malam, siap pakej tisu 8 kotak demi perpisahan yang merugikan tu. Cukup kita bersedih sehari dua. Lupakan perkara tak sepatutnya dan jalani hidup dengan lebih hebat. Kalau kita masih teringatkan dia, its okay, fine! bukan senang nak lupakan seseorang. Take it easy. Jadikan dia kawan.Walaupun dia bukan gf/bf kita atleast dia ada sebagai kawan kita. Takdelah kita rasa terus terbuang. *bila dah nama kawan, tak payah nak mengade tersilap type aku, jadi baby. makin menyampah lah ex kau tu!

Jadikan perpisahan tu sesuatu yang manis and happening. Tak payah nak kusut-kusut kepala.Find a new one :) Hati kasi keras sikit. Yang penting mental tu kena kuat! Relax lah. Biar kasi puas enjoy dengan kengkwan. Atleast, bila ex korang tengok korang happy, takdelah diorang fikir diorang  hebat sangat. Takdelah diorang fikir korang forever alone. hee =.=

Bila sesuatu perhubunga tu terjalin, tipu kalau kita taknak terus kekal atau terus bersama sampai akhirat. Ianya bukan perkara mustahil cuma, ada dan takda tu ketentuan tuhan. Kalau dah macam nak mati pun bercinta, jodohnya takde, takde jugak lah. Kalau dah dielak tapi masih bertemu, itu namanya jodoh. *Jangan kau bunuh diri pulak sebab memang taknak ada jodoh dengan orang tu :D

Bagilah peluang pada mereka yang cuba untuk mengenali kita. Bukan mereka yang cuma nak ambil kesempatan atas diri kita. Atas apa alasan sekalipun, jangan pernah lari dari masalah. Tangani dengan matang. Jangan hanya tahu menyalahkan, hakikatnya diri sendiri yang salah. *kalau macam tu, memang patut kau kena dump.

Please, jangan kongkong hidup korang dengan relationship yang menyusahkan hidup korang. Kalau ia berlaku, hubungan korang takkan lama, dan PERPISAHAN akan datang persis malaikat maut untuk menarik nikmat cinta dalam kepura-puraan korang tu :)

ouch, panjang pulak entry ni. So, conclusion untuk perpisahan. Sila tangani perpisahan dengan POSITIVE. Jangan jadi lemah sangat. Get up and find some happiness :) Thank you 

No comments: