Wednesday, 3 August 2011

.assalamualaikum.

Hidup didunia ni terlalu singkat untuk dibanggakan. Lebih baik mengawal kehendak dari menuruti segala. Kau punya segala. Bersyukurlah! Jangan dihina aku yang masih lemah. Aku tahu aku sekadar mampu mencuba sedaya mungkin. Tapi siapa kau mahu menghina aku. Kau sama saje tarafnya dengan aku. Cuma mungkin, ada lebih--ada kurangnya jugak. Tak perlulah diperheboh macam dunia ni kau miliki sorang. Tak perlu sayang kalau hanya mahu menayang. Kalau dulu aku tempat kau cerita segala, sekarang kau tikam aku dalam-dalam. Aku tak minta pun nasihat kau untuk apa yang aku lakukan. Malah untuk aku, kau benar dalam melakukan apa sekalipun hal kau. Kalau kau tahu perihal aku, cukup untuk kau simpan sendiri. Kalau mahu menegur, kan ada cara lebih manis.Mungkin aku patut sedar dari dulu lagi kau bukan kawan yang baik. Even kau silap, kau rembat, kau ludah aku sentiasa lapang dada untuk memaafkan. 

Sekarang, aku hanya mampu bersyukur, bulan mulia aku kenal siapa kawan--siapa lawan. Kau tak perlu lari dari berhadapan dengan aku. Kalau kau benar, mari jabat tangan aku. Aku tak mahu jadi kau, yang hanya mahu lari dari situasi tegang yang kau cipta sendiri.Kasihanilah diri kau, jangan hanya pandai berdolak dalih. Hakikatnya kau lebih teruk dari bahan yang kau bahankan.


No comments: