Tuesday, 2 August 2011


.assalamualaikum.

NOTA UNTUK DIRI

Alhamdulillah, hampir dua hari aku selesai menjalani ibadah puasa. Syukur pada tuhan sebab bagi aku nafas, kekuatan dan sihat tubuh badan dalam menjalani hari-hari aku. macho kan ayat aku. dah habis macho dah ni.Hee--

Bukan senang nak lalui hidup ni. Sebab, manusia yang rakus lagi tamak macam kita-kita ni takkan penah puas. Nak ini, yang lain pun nak jugak. Nak yang tu, yang tu lagi satu tu pun nak jugak. *Contoh beli makanan kat bazar ramdhan.

Bila kehidupan tu menjadi sesuatu yang terlalu biasa ianya pasti membosankan. Aku berani jamin. Aku sehingga kini masih menilai diri sendiri. Masih berusaha mendekati yang baik dan jauhkan dari yang buruk. Aku sedar, siapa aku kalau nak dibandingkan mereka yang jauh lebih berilmu dalam segalanya.

Aku pernah terlintas untuk memiliki kehidupan orang lain, memiliki apa yang orang ada, merasa apa yang mereka rasa. *nampak tamak kan? Tapi semua tu rugi! Rugi kerana aku mahukan kehidupan mereka, sedangkan mereka mahukan kehidupan aku. Nilai kehidupan kita ni sangat berharga untuk ditolok bandingkan dengan yang lain. Jadi tak perlulah bersusah payah, bercita-cita nak jadi anak Datuk dan sebagainya.

*Rasa tak pernah bersyukur. Itu yang sebenarnya ada dalam benak kita. Jarang nak menghadap Tuhan bila kita senang. Bila susah, sujud segala macam kita buat. Alangkah hina kita dimata kita sendiri. Tapi, manusia memang alpa, selalu tak sedar diri tu kerdil. Doa diminta mahunya dikabul. Tapi buat tak pernah istiqamah.

Ini nota buat aku, yang jujurnya aku sendiri kadangkala sifatnya begitu. Sungguh aku tak menafikan. Kita insan, apa aku mampu katakan yang baik segalanya datang dari Dia. Kekurangan yang teramat adalah datang dari kita sendiri.

No comments: