.assalamualaikum.
HATI
Aku tak mahu kau terluka.
Tak perlu kau toleh belakang.
Kau milik dia satu-satunya.
Jangan curiga lagi.
Kasihan dia yang terus berusaha.
Dia juga akan penat kalau terus dipaksa.
Beri dia peluang.
Kau juga butuh waktu.
Hati,
Aku cuma ada kau dalam diri.
Kau mengerti aku dalam segala yang terdalam.
Aku tak mahu kau pergi dan mati.
Jangan dicari punca tersembunyi.
Biarkan dan lepaskan.
Semua akan hanyut.
No comments:
Post a Comment