Tuesday 6 December 2011

.assalamualaikum.

Sahabat Baik :)



Hi reader, How's life? Harini indah dengan cuaca mendung tanpa hujan. Aku seperti biasa, masih sihat dan cergas. Alhamdulillah. Harini nak kongsi tips menjadi sahabat yang baik. Hm, apa yang terlintas dalam benak korang?

" Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari" - Saidina Ali

Aku bukan type orang yang percaya bestfriend, friend poreber, or kawan sampai mati ni. Seriously, aku takkan dan tak pernah anggap kawan atau orang sekeliling aku sebagai sahabat karib aku. Apa yang aku pegang selami ni, kau kawan aku selagi kau tak tikam aku, once kau dah tikam aku cukup-cukup, jangan pernah muncul depan batang hidung aku.

Ntahlah, kadang-kadang aku fikir, aku perlukan sahabat baik. Cuma as a human aku tak mampu. *lemahnya aku :'(  Harini, kawan datang dan pergi. Apa yang aku mampu buat cuma berkawan sebaik mungkin. Untuk itu, aku pelajari dari hari ke hari. Ini tipsnya :

Jujur
Bersikap jujur dengan sahabat. Jangan sokong bila perkara yang dia buat tu salah. Tegur dengan ikhlas, walaupun kadang-kadang rasa menyampah dengan sikap kawan, tegur supaya masing-masing dapat perbaiki diri masing-masing.

Pendengar Setia
Apa keadaan sekalipun, jadilah pendengar yang baik. Anggap je masalah dia, masalah kau jugak. At least dia lega dapat luahkan segala rasa dia pada kau. That mean, kau antara orang yang dia percaya, Ingat! Bukan senang nak dapat kepercayaan orang.

Menghargai
Hargailah sahabat korang dengan mengambil berat tentang mereka. Itu salah satu cara yang mudah dan simple. Tak perlu lebih, tanya khabar pun dah menunjukkan keprihatianan korang pada dia. Kan berbaloi tu.

Ada Saat Diperlukan
Tak payah diminta, tapi kau ada saat sahabat betul-betul memerlukan kau. Actions speak loader then word. Kan bagus macam tu :)

Dorongan dan Pendapat
Jangan hanya berpura-pura sedapkan hati kawan. Lakukan dengan ikhlas. Dorongan perlu disertakan dengan pendapat yang bernas. Barulah sahabat yakin dengan apa yang dilakukan. Support tu penting!

Bebas
Sahabat korang berhak nak buat apa sahaja. Jangan larang mereka macam kau ni mak bapak diorang. Biarkan mereka bertindak. Tegur bila ada mistakes yang boleh mendatangkan kemudaratan.

Apapun, persahabatan mesti ikhlas. Jangan pura-pura. Depan baik, belakang kutuk.

Thats All for today. Thanks For reading :)

-juana





No comments: