Saturday 12 November 2011

.assalamualaikum.

TWELVELEVEN


Maaf, itu sahaja aku mampu katakan. Aku setulusnya masih mahu bertoleransi. Masih mahu hubungan kita seperti biasa. Mahu kita saling gelak dengan cerita-cerita dunia. Walhal, sekelip mata kau musnahkan semua. Aku tak fikir apa. Mungkin kau tak selesa, mungkin kau kurang senang dengan tindak tanduk aku, mungkin juga kau rasa sengsara.Itu mungkin. Yang aku tanamkan dalam benak aku cuma, kau punya urusan kau, dan itu sulit untuk aku ketahui. Aku tak marah kau minta aku berhenti menghubungi kau, waima aku dengan lapang dada menjawab setiap pesanan dan panggilan kau. Jujur disini, aku cuma terkilan. Kau mungkin masih kurang pasti dengan tingkah aku.Tak apa. Aku faham. Akhir tahun ini, kau akan tentukan hidup kau. Sila jawab dengan tenang. Mudah-mudahan kau lulus dengan cemerlang. Aku doakan, InsyaAllah :')


-juana