Sunday 30 October 2011

.assalamualaikum.

NILAI


Mungkin susah nak memuaskan hati semua pihak. Aku pun kadang-kadang terperangkap dalam situasi ni. Tapi, apa cara sekali pun, hal nya tetap sama. Masih perlu berusaha untuk memuaskan hati pihak-pihak tertentu. Kadang-kadang salah satu pihak dah setuju, pihak yang lain pula membangkang. Kita jadi keliru. Kita jadi tak keruan. Tindakan kita terhad dek kerana pihak-pihak tersebut. Aku yakin, kalau kita punya alasan kukuh, semua bangkangan dapat dicantas dalam keadaan baik. Tapi kalau segalanya kita buat tanpa asas yang kukuh, kita akan jadi lemah bila dibidas. Aku tidak melenting bila sesetengah pihak menilai kekurangan aku. Cuma pada aku, cara menilai itu kan ada pelbagai cara. Bukankah lebih elok kalau cara menilai orang itu dalam keadaan yang sopan dan lebih berbudi bahasa. Sedap juga telinga mendengar. Hati pun tidaklah cepat terasa. Aku tidak mengiyakan atau menidakkan tindakkan sesetengah pihak, cuma aku kesal bila antara mereka yang ilmunya sudah lebih dari aku dan kita-kita, tutur dan adabnya kurang malah lebih rendah dari kanak-kanak usia tadika. Aku mengharapkan sesuatu dari pihak-pihak itu. Aku harap, fikirannya tidak sempit dengan segala ilmu yang tuhan kurniakan. Semua yang dimiliki, waima segala kepunyaan kita sekarang adalah pinjaman. Jadi, belajarlah menilai orang dengan menilai diri sendiri dahulu.

-juana


No comments: