Friday, 17 June 2011

.assalamualaikum.

a Moment to Remember

Actually cerita ni aku dah tengok empat kali. Dan setiap kali aku tengok cerita ni, mesti aku nangis *mengahayatilah sangat. hmm. Cerita komedi romantis ni sangat memberi kesan pada aku. Aku pun tak tahu kenapa. Dibintangi oleh Su-jin dan Chul-soo.Sedih gila kau tahu tak cerita ni. Kalau tak percaya, gi tengok kat youtube. *thaks kat pika sebab aku sedut cerita ni dari dia :)

Cerita ni unik tau, macam2 konflik timbul. Si Su-jin seorang designer. Chul-soo pulak buruh binaan tapi bercita-cita nak jadi arkitek. Bekerja pulak kat syarikat bapak Su-jin *nampak tak perbezaan darjat kat situ* Hm, nak dijadikan cerita..at first, diorang pernah jumpa kat kedai *macam 7e gitulah* then, diorang jumpe lagi dalam satu tempat berbeza yang mana timbullah perasaan kasih antara mereka *pehal ayat aku lain macam ek? =.= err

Lama-lama diorang pun kawin, *tu pun mula-mula ayah Su-jin tak suka*sian.. Kehidupan suami isteri diorang memang romantik! Seriously,sweet sangat! Chul-soo dah kecapi impian. Dah jadi arkitek yang berjaya. Pastu semua family dah restu hubungan diorang. Hari berlalu, rupanya Su-jin menghidap penyakit Alzheimer. Sejak dari tu, kehidupan diorang berubah. Su-jin lupa semua memori yang selama ni buat dia bahagia. *termasuklah suami dia Chul-soo*

Chul-soo tak pernah putus asa jaga Su-jin. Sampailah satu tahap diorang terpaksa separate untuk rawatan Su-jin. *time ni mesti korang dah berderai air mata* Penyakit Su-jin ni dah buat semua aktiviti dia terbatas. Malah dia jugak dibuang kerja. Haa. Sian doh time ni.Apapun, cerita ni memang best, aku malas nak bagi ending. Nanti korang tak tengok. Gi tengok sekarang cerita tu! *paksa*



Alzheimer : penyakit hilang ingtan yang membuatkan seseorang individu lupa, tergangu tahap tumpuan dan hilang daya melakukan aktiviti.






No comments: