.assalamualaikum.
HIJAB

TUNTUTAN
Ya, memang aku tahu. Tapi tak mudah bagi aku yang sudah sekian lama berbogel kepala. Aku perlu ruang untuk diperhalusi niat itu. Aku perlu istiqamah dan yakin tak akan kembali pada yang lama. Aku tak mahu diragui keimanan ku terhadap isu itu :)
PELUANG.
Aku sendiri harus beri peluang pada sedalam-dalamnya hati aku. Menganggap ianya mudah dan bukan beban. Aku sendiri tidak mahu ditengkar-seranah lagikan pula disuruh-paksa. Jangan dipaksa keperluan itu, aku tahu cuma aku mahu masa. Aku butuh keperluan itu sejujurnya dari hati aku.
DORONGAN.
Aku tahu, mungkin ramai yang anggap ianya trend dan hanya pakai bila perlu. Tapi, tanpa disedari trend berhijab ini juga telah membuka hati aku. Terima Kasih wahai shawl dan pakaian muslimah yang cantik-2. Aku mungkin tegar dengan perkembangan semasa. Tapi isu ini aku beralah, aku ketepikan ego aku. Mungkin tuhan punya kuasa. Siapa tahu?
HARAPAN.
Menutup aurat adalah wajib. Sila buka minda kamu wahai cik manis Juana =_= jangan terpedaya dengan cekak rambut atau gaya rambut terkini. Pakailah demi menjaga maruahmu. INSYAALAH.
No comments:
Post a Comment