Monday, 6 June 2011

.assalamualaikum.

Masih Belum Selesai


"Menghitung hari
Detik demi detik
Masa ku nanti apa kan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari...

Padamkan saja
Kobar asmaramu
Cinta putih itu takkan ada
Yang aku minta tulus hatimu
Bukan puitis

Pergi saja cintamu pergi
Bilang saja pada semua
Biar semua tahu adanya
Diriku kini sendiri

Padamkan saja
Kobar asmaramu
Jika putik itu takkan ada
Yang aku minta tulus hatimu
bukan puitis"

sambil dengar lagu ni..

Alhamdulillah, pintu hati aku mula utuh mengtakan ya! aku sayang sungguh pada si birah aku, iqqi. Bukan senang bila jalan ceritera cinta kita pernah dilanggar todak. Kemudian hendak dihanguskan perasaan itu dengan memulakan episod baru. Sungguh! aku sukar menerima keputusan demi keputusan. Tapi hari ini, aku mampu kata, aku gembira dengan dia walau dia tak punya apa. Demi Allah. Mungkin dia bukan dari kalangan lelaki idaman aku. Mungkin dia tak setanding teman lelaki kawan2 aku. Tapi aku okayy dengan semua tu. Aku fine. Malah aku lebih berterima kasih atas kehadirannya dalam hari2 aku. Cinta kita aku tak mahu cerita, yang pasti kau teman,kau sahabat,kau penasihat,kau kapten hati aku. Itu aku rasa cukup untuk membundarkan segala macam tanggapan aku pada kau.

Tapi, aku sedar dalam cinta yang kita ceritakan,ramai tak tahu bukan semua indah. Aku pernah jugak gaduh sebab perkara remeh. Aku pun pernah rasa tergugat bila iqqi tengok perempuan lain. Itu semua biasa. Malah mak aku pun pernah melaluinya sebagai perempuan. Normal. Jadi jangan diperbesar perkara remeh.

Sayang-gaduh-sayang-gaduh-sayang balik semula sampai mati. Tu je yang aku harapkan. Cinta aku hari ini masih belum selesai.Aku harap ianya berkekalan. Siapa pun jodoh aku, itu rahsia tuhan. Aku hamba, hanya mampu merangka. SEKIAN :)

No comments: